Ahad, 1 Ogos 2010

Sejarah penubuhan kelas integrasi Pendidikan Khas SKAP

Program integrasi Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran (PKBP) mula  dilaksanakan di sekolah ini pada tahun 2006. Bermula dengan 2 orang murid dan 2 orang guru yang telah menerima kursus dalam bidang ini. Mereka adalah :

1)    En. Mohd Sunny Bin Ghafor (Penyelaras Pendidikan Khas)
2)    En. Zainiakmal Bin Abdullah

Kelas Pendidikan Khas yang asalnya hanyalah menumpang di kelas pemulihan. Kini telah diberi peruntukan kepada 1 bilik darjah. Kemudahan lain yang diberi adalah bilik tandas yang lengkap, bilik dapur, dan kawasan kecil untuk berkebun. Semua kemudahan ini mula dinikmati pada pertengahan Julai 2006 atas peruntukan ehsan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.